followers (:

Ahad, 25 Mac 2012

RANCANGAN MENGAJAR



                                                        Rancangan Mengajar
Nama Tadika               : Tadika sri Menara
Bilangan Murid            : 24/25 Orang
Umur                           : 5 Tahun
Minggu & Hari             : 20 & Selasa
Tarikh                          : 15 Mei 2012
Cadangan Masa           : 60minit ( 9.00 pagi – 10.00 pagi )
Tema                           : Negara Saya ( Rumah Ibadat Dan Kaum )
Tunjang Utama             : Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia
Tunjang Disepadukan   : Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika – Kreativiti
: Tunjang Kemanusiaan 

Standard Pembelajaran Utama :
BM 3.5.2 Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi perkataan dengan bimbingan.
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
i. KTI 3.1.8 Mengenal dan mengambil bahagian dalam tarian daripada budaya Malaysia yang berlainan.
ii. KM 7.2.5 Melibatkan diri dalam tarian tradisional yang mudah dari pelbagai kaum masyarakat Malaysia
.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid boleh :
i. Menyebut suku kata yang mudah seperti Masjid, Kuil, Gereja dan Tokong.
ii. Mengenali tarian daripada setiap budaya.
iii. Melibatkan diri dalam pelbagai jenis tarian daripada setiap kaum.
Pengetahuan Sedia Ada
Murid sudah mengenali rumah ibadat bagi kaum Melayu.
Penerapan Nilai : Kerjasama, Semangat, Keberanian, Bersungguh-sungguh
Alat Bantu Mengajar : Model rumah ibadat, Kad suku kata bergambar, Video tarian dan Lembaran kerja.
KBKK : Menjana idea
RANCANGAN MENGAJAR
LANGKAH MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI PELAJAR
Set Induksi
( 5 minit )
  • Guru membawa model-model rumah ibadat mengikut kaum.
  • Guru meminta murid-murid meneka apa yang di bawa oleh guru.

  • Guru menyoal kepada murid
  1. Siapa pernah melihat model-model rumah ibadat?
  2. Siapa tahu cara menjalankan ibadat setiap kaum?
  • Murid-murid melihat apa yang di bawa oleh guru.
  • Murid-murid cuba meneka apa yang di bawa oleh guru tersebut.


  • Beberapa orang murid cuba menjawab soalan yang diberikan oleh guru tersebut.
ABM : Model Rumah Ibadat
Objektif : -
Nilai : Kerjasama
KBKK : Menjana idea
Langkah 1
( 25 minit )
  • Guru menunjukkan kad suku kata bergambar di hadapan sambil menyebut suku kata tersebut ( Masjid, Kuil, Tokong dan Gereja ).

  • Guru meminta semua murid menyebut nama-nama rumah ibadat yang telah disebut oleh guru tadi.

  • Guru memilih seorang murid untuk datang ke hadapan utuk menyebut dan menunjukkan rumah ibadat.
  • Murid- murid melihat kad suku kata bergambar dan mendengar apa yang disebut oleh guru.


  • Murid-murid mendengar arahan dan memberi respon dengan menyebut nama-nama rumah ibadat.

  • Murid datang ke hadapan dengan berani dan menyebut nama rumah ibadat serta menunjukkannya.
ABM : Kad suku kata bergambar
Objektif : i & ii
Nilai : Semangat, kerjasama, keberanian.

KBKK : Menjana idea
Langkah 2
( 25 minit )
  • Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan.
  • Guru menunjukkan video tarian daripada setiap kaum.
  • Guru menunjukkan contoh tarian kepada murid-murid.
  • Guru meminta murid-murid melakukan tarian daripada setiap kaum dengan bimbingan guru.  (1 kumpulan mendapat 1 tarian)
  • Murid-murid duduk di dalam kumpulan masing-masing.
  • Murid-murid melihat video tarian yang ditunjukkan oleh guru.
  • Murid-murid melihat guru membuat contoh tarian.
  • Murid-murid membuat tarian daripada kaum mengikut kumpulan masing-masing dengan bimbingan guru.
ABM : Video tarian.
Objektif : ii & iii
Nilai : Keberanian, Kerjasama
KBKK : Menjana idea
Penutup
( 5 minit )
  • Guru menunjukkan kad suku kata bergambar rumah ibadat dan meminta murid-murid menyebut nama rumah ibadat, kaum dan tarian tradisional
  • Guru menyoal kepada murid-murid apakah yang telah dipelajari pada hari ini ?
  • Murid-murid melihat kad suku kata bergambar dan menyebut nama rumah ibadat, kaum dan tarian tradisionalnya.

  • Murid-murid menjawab apa yang telah dipelajari pada hari ini.
ABM : Kad suku kata bergambar
Objektif : i & ii
Nilai : Bersungguh-sungguh
KBKK : Menjana idea

Impak
Secara keseluruhannya, murid-murid dapat mengenali rumah ibadat setiap kaum. Bagaimanapun, bilangan murid yang dapat menguasai hanyalah 23 daripada 24 orang murid sahaja. Ini mungkin kerana ABM yang digunakan kurang menarik bagi murid-murid. Justeru itu, guru haruslah membuat ABM yang lebih menarik lagi untuk murid-murid.